sweet owner Bigfoots! Credits!
| Aku kuat menempuh semuanya. Besar sangatkah dosa dan kesilapan yang telah aku lakukan pada engkau? Mengapa sukar untuk aku menerima semua ini? Walhal ini baru secebis ujian Allah untuk menduga aku dan engkau. Mungkin ini memang silap aku. Ya, ini semua silap aku. Aku sudah sedar akan kesilapan aku. Maafkan aku. Aku senyum bukan bererti tiada dugaan mahupun masalah menimpa aku. Aku senyum bukan bererti aku bahagia, aku senyum kerana aku tak ingin merisaukan atau mengusutkan fikiran sesiapa. Biarlah aku pendam semuanya dan luahkan segalanya pada yang Maha Esa. Hanya Dia tempat aku mengadu, dan hanya Dia yang mengerti perasaan aku. Sakit yang selama ini menimpa diri aku, masih terasa lukanya. Mungkin, sakit ini jauh lebih sakit daripada sakit yang engkau alami dulu. Aku sedar, dan aku menerima semuanya dengan redha. Mungkin suatu hari nanti akan ada peluang buat aku untuk perbetulkan keadaan. Siapa tahu kan? Engkau telah berjanji, bila semua sudah kembali seperti biasa, kau mahu peluk aku dengan erat. Ya, aku rindu pelukan kasih sayang engkau. Pelukan kasih seorang sahabat yang mungkin kini tidak layak kau panggil sahabat. Kini, dimata engkau, aku ini hina.
|